Amal.

IMG_20171221_175311_596

Advertisements

Menangis.

Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.
ِ
*KISAH ORANG KUAT TETAPI SELALU MENANGIS*

“Awak kan kuat, orang kuat mana menangis.”
Siapa kata orang kuat tidak menangis? Malah orang kuatlah yang banyak menangis.

Saidina Umar lelaki yang gagah perkasa, tetap sahaja menitiskan air mata ketika di atas sejadah.

Mu’ad bin Jabal menangis dan menjerit teresak resak sehingga pengsan berhari hari akibat mendengar berita kemangkatan Rasulullah.

Bilal..menangis teresak esak ketika azan subuh,beliau menangis semasa mengazan kan Asyadu Anna Muhamad Rasulullah kerana rindu amat sangat pada Rasulullah.

Ya…Orang-orang yang kuat juga menangis —
bezanya tangisannya itu adalah sebuah ketulusan penuh cinta, tangisan yang melambangkan betapa lemahnya seorang hamba, tangisan yang bergantung harap pada Pencipta.
Ia bukan sebuah tangisan keluh-kesah meratapi nasib diri semata.
Justeru, andai kau mahu menangis, menangislah. Ia menyucikan jiwa. Memperkasakan segala.
Menangislah, andai itu mahumu. Cuma pastikan engkau terus bangkit selalu, dan pastikan ia bukan tangisan yang tidak berhala tuju.
Menangislah kerana kenangkan dosa2 kita,menangis kerana ikhlas bertaubat,menangis kerana takutkan Allah dan menangis kerana rindu pada Allah dan Rasulullah.😭💚

Solat

*ULANGKAJI MENGAJI*

*SEMPURNAKAH SOLAT KITA*

*Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus*

*Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita*

*Rukun solat ada 13*

1. Niat
2. Berdiri dengan betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

*Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian*

*I. Rukun Qalbi* iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
*2. Rukun Fi’il* iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
*3. Rukun Qauli* iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu *Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il* dan ramai yang melanggar *Rukun Qauli* terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

*Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat*

Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu *membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati*
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya *bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan* (Hanya bunyi angin sahaja).

*5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat*

*1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir*

*2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz*

*3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz*

*4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir*

*5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz*

*Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?*

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada *5 tempat*

*1. Semasa Takbiratul Ihram*

*2. Semasa membaca Al Fatihah*

*3. Semasa Tahiyat Akhir*

*4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir*

*5. Semasa lafaz salam*

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita tidak sah dan sempurna

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

*Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun*

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

*Sebarkan kebaikan*
*Kongsikan kebahagiaan*